LOKASI

SMK Arau terletak kira-kira 11km dari bandar Kangar dan 1km dari bandar Diraja Arau. Ianya bersebelahan dengan SK Arau. Kedudukannya yang berhampiran dengan sempadan negeri Kedah Darul Aman dan Lebuhraya Persekutuan menjadikan sekolah ini sebagai pintu masuk utama bagi negeri Perlis Indera Kayangan.

 

ASAS PENUBUHAN

SMK Arau mula ditubuhkan pada 1 Disember 1990 dengan menumpang di bangunan SK Tengku Budriah, Arau pada sesi petang. Pada tahap awal penubuhannya, SMK Arau mempunyai pelajar seramai 198 orang dan 12 orang guru. Setelah tiga tahun menumpang, SMK Arau telah berpindah ke bangunan barunya seperti yang ada sekarang pada 1 Disember 1994. Pengetua pertamanya ialah Pn Hjh Sharifah Sofiah binti Syed Ahmad yang dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1, En. Lamin bin Awang, Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Hanisah binti Jusoh dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Abu Hassan bin Jusoh. Pada tahun 1996, Pn Pengetua telah bertukar ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit dan tempatnya digantikan oleh En. Idris bin Buyong dari SMV Arau.

 

PERKEMBANGAN

Sehingga kini SMK Arau kian maju dan namanya semakin harum di kalangan sekolah-sekolah menengah negeri Perlis. Pelbagai kejayaan telah dicapai berkat ketabahan guru-guru dan kakitangannya yang berdedikasi. Di bidang kurikulum, SMK Arau telah mendapat peratus tertinggi dalam keputusan peperiksaan SPM 1996 bagi sekolah-sekolah menengah biasa. Tradisi ini juga dibuktikan sekali lagi dalam keputusan peperiksaan SPM tahun 1999 apabila seramai 41 orang pelajarnya mendapat gred 1.

Di bidang ko-kurikulum juga, SMK Arau tidak ketinggalan iaitu semasa Kejohanan MSSPs, atlit sekolah ini telah dipilih sebagai Olahragawan MSSPs. SMK Arau juga telah menjadi juara dalam beberapa bidang permainan seperti Bola Sepak bawah 18, Softball dan Bola Keranjang.

 

BILANGAN PELAJAR SMK ARAU MENGIKUT TAHUN

TAHUN

BILANGAN PELAJAR

1990/1991

1992/1993

1993/1994

1994/1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

198 orang

450 orang

870 orang

1 200 orang

1 339 orang

1 425 orang

1 523 orang

1 528 orang

1 344 orang

1 261 orang

 

PENEROKAAN BARU

Pada awal tahun 1998, Pn. Temu binti Omar telah menjadi Pengetua menggantikan En. Idris bin Buyong yang bertukar ke Kuala Lumpur. Kemudian Penolong Kanan 1, En. Abidin bin Hussin bertukar ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit. Ini diikuti dengan pertukaran Pn. Temu binti Omar ke SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau dan pertukaran Penolong Kanan HEM, En. Azni bin Man juga ke SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau. Pertukaran ini telah mewujudkan satu era penerokaan baru bagi tenaga pentadbiran SMK Arau yang terdiri daripada Pengetuannya, Tn. Hj. Azhar bin Ismail, Penolong Kanan 1, En. Shukor bin Mat dan Penolong Kanan HEM, En. Sharif bin Shaary.

 

PERUBAHAN

Jumlah ambilan pelajar semakin berkurangan kerana sejumlah besar pelajar Tingkatan 1 dan semua pelajar kelas peralihan bertumpu ke SMK Padang Siding yang baru dibuka pada tahun 2001. SMK Arau juga telah mula membuka kelas Tingkatan 6 pada April 2001 untuk anak sulung STPMnya pada tahun 2002.